INFO DIABETES FAKTA DAN PANDUAN

FAKTA KENCING MANIS ATAU DIABETES

Diabetes atau kencing manis yang merupakan sindrom atau penyakit akibat kekurangan atau hilangnya keberkesanan hormon insulin dari tindakan organ pankrease.


Hormon Insulin membolehkan glukosa memasuki sel-sel dalam badan. Sel-sel ini kemudiannya menggunakan GLUKOSA sebagai sumber tenaga. Tanpa insulin, paras glukosa darah akan meningkat.




Berjuta-juta penduduk di negara kita mengidap penyakit ini. Penyakit kencing manis tidak seharusnya menjadi satu penghalang kepada dalam menjalani kehidupan biasa. Dengan bertambahnya pengetahuan berkenaan penyakit kencing manis dan penghasilan ubat-ubatan untuk penyakit ini, tidak ada sebab mengapa anda tidak boleh hidup seperti manusia biasa.





Penyakit kencing manis atau diabetes adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. 
Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ pankrease yang terletak dibawah perut. Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut semasa proses penguraian makanan apa yang kita makan iaitu makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.


Dalam keadaan kesihatan normal, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bagi mereka yang mengidap penyakit kencing manis, organ pankrease tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya ataupun insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti berkeadaan biasa. Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis atau diabetes . Tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Ini menyebabkan badan akan kekurangan tenaga.

 
Bagi pesakit kencing manis, sel-sel pankreas GAGAL menghasilkan insulin yang mencukupi untuk menukarkan segala makanan bergula kepada tenaga. Akibatnya segala zat dan nutrisi penting untuk sel-sel di kaki tidak sampai. Akibat itu sel-sel di kaki akan mudah mati dan menjadi HITAM seperti terbakar atau "GANGRENE"



Apabila keadaan TIDAK DI KAWAL, jangkitan kuman akan berlaku dan mungkin menjangkiti sel-sel darah merah dan akan merebak seluruh badan, kebiasaannya pesakit akan merasa demam dan menjadi lemah keseluruhan badan . Sel-sel saraf pula akan mati dan mereka akan merasa kebas kaki kemudian ke tangan.
 
Jika dibiarkan maka jangkitan kuman akan merebak dgn begitu CEPAT ke bahagian peha. Dan mungkin jika keadaan terlalu teruk, mungkin kaki terpaksa dipotong !

Peringatan!
Atas pengalaman serta permahatian kami dalam tempoh 10 hari dari luka yang kecil sebesar 5 sen boleh merebak sebesar wang RM1.00 . Di waktu ini kos rawatan sangat besar untuk di pulihkan.

 

Siapa boleh mendapat penyakit ini?
Sesiapa pun boleh mendapat penyakit ini. Tetapi mereka yang datang daripada keluarga atau keturunan di mana terdapat ahli-ahli yang mengidap penyakit kencing manis atau yang  sudah meningkat umur 35 tahun ke atas , mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti  mempunyai peratusan risiko untuk mendapat kencing manis.



10 tanda-tanda awal penyakit 
kencing manis



Apakah rawatan untuk penyakit 
kencing manis ?
Sebelum tahun 1921, tiada ubat-ubat tertentu untuk merawat penyakit ini. Pada masa ini terdapat ubat-ubat untuk mengawal penyakit kencing manis dan ini memberi peluang kepada pengidap-pengidap penyakit ini untuk meneruskan kehidupan yang biasa. Rawatan untuk penyakit kencing manis adalah melalui kawalan pemakanan.

Makanan yang anda makan memainkan peranan yang penting dalam kawalan penyakit kencing manis. Adakalanya, kes-kes yang tidak teruk, dapat dikawal melalui jagaan makanan sahaja.

 

Ubat-ubatan
Selain daripada kawalan pemakanan, kebanyakan pesakit memerlukan ubat untuk mengawal penyakit mereka. Ubat-ubat ini terdiri daripada suntikan insulin. Insulin boleh diberi melalui suntikan sahaja kerana ia akan dimusnahkan di dalam perut jika dimakan.

Pil ( Kapsul )
Ubat-ubat ini membantu badan menggunakan gula dengan sempurna dan dengan itu dapat mengawal penyakit ini. 

Ada pula pesakit-pesakit yang memerlukan suntikan insulin sementara pesakit-pesakit lain pula boleh mengawal penyakit mereka dengan memakan pil bergantung kepada pemeriksaan kadar gula sesesorang kebiasaannya apabila kadar gula anda adalah 16 mmol/L anda perlu mendapatkan suntikan insulin.

Persoalannya ?
Jika anda sebelum ini anda di beri suntikan insulin kerana kadar gula anda melebihi 16 mmol/L TETAPI jika kadar gula anda telah berkurangan kepada 10 mmol/L atas pengawalan pemakanan anda mengapa suntikan insulin masih di perlukan.



 

Rawatan adalah sangat penting?


1. Menyembuhkan tanda-tanda awal kencing manis 
2. Mengurangkan akibat-akibat atau tanda -tanda yang lebih kronik 
3. Membolehkan pesakit hidup dalam kehidupan biasa

 
Panduan Makanan

Makanan yang patut dielakkan
. Gula pasir
. Gula melaka
. Coklat dari pelbagai jenama
. Jem di dalam tin
. Madu lebah
. Sirap
. Aiskrim
. Biskut-biskut yang manis
. Susu pekat
. Minuman ringan dalam TIN
. Gula-gula jeli
. Minuman manis dan bergas
. Makanan berminyak dan berlemak
. Lemak daging dan kulit ayam
. Makanan berkanji
. Buah-buahan manis seperti dokong, langsat, durian, pisang emas , nenas dan lain-lain
. Serbuk perasa ( Maggi mee )
. Susu cair/ susu tepung
. Semua jenis ikan bersengat dan berduri (Sembilang, Fatin, Pelotan, Seludu, Keli)
. Sotong, Ketam dan udang
. Sayur bayam dan daun asin-asin (pucuk manis)
. Umbut kelapa dan umbut pisang
. Minuman beralkohol
Makanan yang mesti dikurangkan
. Nasi
. Roti
. Ubi kentang
. Ubi keledek
. Ubi kayu
. Jus
. Kelapa
. Daging kambing
. Buah-buahan jeruk
. Bahan-bahan tenusu  

Makanan yang boleh dimakan dengan bebas
. Serbuk lada
. Rempah-rempah
. Serbuk kari
. Cecair - air,teh, kopi,jus tomato & limau,sup 
. Sayur-sayuran – kacang panjang, kobis, bawang, timun, lobak merah, kangkong, sawi,cendawan, bayam,tomato,bunga kobis, kacang bendi,terung, ketola 





Penjagaan berat badan  
Penyakit kencing manis berlaku dengan lebih kerap di kalangan orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Didapati bahawa tindakan insulin kurang berkesan dalam orang yang gemuk.

Amatlah penting bagi pengidap kencing manis untuk sentiasa menjaga berat badan. Kalau berat badan turun, badan dapat menggunakan gula dalam darah dengan lebih sempurna dan dengan itu, kadar gula dalam darah akan turun. 
Kalau anda gemuk ? Kurangkan makan ! Terutama makanan yang terlalu banyak karbohidrat dan lemak. Bersenamlah selalu 




Senaman
Cuba melakukan senaman setiap hari seperti berjalan dan berkebun.

Senaman yang dilakukan secara teratur adalah sangat baik untuk penyakit kencing manis kerana ini dapat menambahkan lagi pembakaran gula dalam otot-otot dan dengan itu mengurangkan kandungan gula dalam darah. Pengaliran darah juga bertambah baik.  
   
Perkara untuk diawasi : 
kalau anda kurang aktif    dan sudah lama tidak bersenam, dapatkan nasihat doktor anda sebelum memulakan apa-apa senaman.


     

No comments:

Post a Comment